Rabu, 24 Januari 2024

Jika anda menjumpai orang yang lebih pintar dan smart daripada anda, bekerjalah bersama mereka bukan bertanding dengan mereka

Setiap orang ingin mencapai satu titik kejayaan dalam hidup.
Dalam setiap perjalanan kita, pasti kita akan temui mereka yang lebih pandai daripada kita.


Kehidupan bukanlah seperti kita dalam peperiksaan, sentiasa ingin No 1 dalam kelas, ke depan dalam kelas.

Tetapi yang kita ingin dalam kehidupan ialah, berjaya membawa pulang rezeki untuk keluarga kita. Mencapai Financial Freedom apabila tiba masanya.

Oleh kerana itu dalam kehidupan alam pekerjaan, alam pergaulan dengan masyarakat. Kita seharusnya senantiasa berlapang dada jika ada orang yang lebih kedepan daripada kita.

Kita bantu dia naik bersama-sama dengan kita. Nanti kita juga akan berjaya. Kita dapat manfaat daripada kepintaran dia. Dan lebih lagi ialah kita mempunyai sahabat yang tiada rasa iri dan susah hati melihat kejayaan kita, kerana kita juga tidak menewaskan mereka dalam kejayaan mereka.


"If you find someone smarter than you, work with them. don't compete"


Fikhruldin
24 Januari 2024 
Kuala Berang


Isnin, 15 Januari 2024

Doa Perhimpunan Awal Tahun 2024 JKSTR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الذى جعل الدنيا دار كسب وعمل وجعل الآخرة دار ثواب و عقاب وأمل,
 اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الداعي إلى الله وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Karim

Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifakeagungan serta kebesaran-Mupadhari yanpenuh keberkatan ini, bersempena dengaMajlis Perhimpunan Awal Tahun 2024, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang telah disampaikan perutusannya oleh Yang Amat Arif Dato’ Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami, kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

اللهم اجعل خير أعمالنا خواتمها ، وخير أعمارنا أواخرها ، وخير أيامنا يوم نلقاك  فيه

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amalan kami menjadi amalan penutup hidup kami, jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah di akhir hayat kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami adalah hari bertemu dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan Persekutuan dan Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.

Ya Fattahu Ya Alim

Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ




Fikhruldin
15 Januari 2024
3 Rejab 1445H
Kuala Terengganu

Pulang dari bercuti Hari Raya Adha

Hidup bersaudara kita terjemahkan dalam sambutan hari Raya dengan menziarahi




Semua orang mahu bahagia disamping keluarga
Mahu mengisi masa yang bermanfaat dengan keluarga

Saya membuat pilihan untuk bebas kewangan

Saya bertekad untuk bebas
Saya berusaha untuk mencapainya walau apa jua harganya.

Antara caranya ialah pelaburan
Semasa Travel Maldives baru-baru ini saya mendapat ilham untuk meneruskan pelaburan. 

Saya bertekad dan berniat untuk menyimpan sekurang-kuranya 1gram sebulan simpanan emas.
Ini kerana potensi emas sebagai penyimpan nilai dan kalis inflasi

Insya Allah, satu hari nanti saya akan menjadi pelabur emas dan berkongsi dengan anda semua.
Sebelum ini saya melabur dalam saham di Bursa Malaysia dan masih lagi melabur disana. 
Apasalahnya mempelbagaikan pelaburan kan?

 
Jadi sekarang saya ingin bermula dalam pelaburan emas.
saya telah mengkaji syarikat yang menjual emas di Malaysia kerana Tsunami kewangan boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa kita jangkakan.

Bila berlaku kegawatan ekonomi, dan apabilabila berlaku sedemikian tiada apa lagi yang boleh kita harapkan selain berdoa dan bertawakkal, kita sudah tentu memerlukan back up plan.




Apadia back up plan yang boleh kita harapkan ialah nilai sesuatu yang boleh kita pegang.
selain daripada Wang Ringgit yang boleh bernilai walau dimana sahaja kita berada. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Emas.


Fikhruldin
6 September 2017

Aktikel lama telah diterbitkan kembali.




Impian Hidupku (Kebebasan Kewangan)


"Saya ingin bebas kewangan". Saya ingin buat apa yang saya suka, bila-bila masa yang saya suka, dengan orang yang saya suka, dimana-mana yang saya suka.

Begitulah impian setiap insan yang bekerja,
Sewaktu kita kecil dahulu kita bangun pagi, buka tudung saji lihat makanan telah terhidang.
Jika kita suka kita makan jika tak suka kita tutup balik saji. Pakai kasut lalu ke sekolah.

Berbeza, Sekarang kita telah dewasa kita perlu fikir keperluan apa esok. Makanan nak sediakan untuk anak-anak esok apa menunya. 

Hutang Personal Loan perlu dibayar setiap bulan.
Pembiayaan Beli Rumah
Hutang kereta.

Semua itu adalah "kekangan" yang membelenggu kita selagi tak habis dibayar.

Cuba bayangkan suatu ketika nanti, kita tidak mempunyai lagi hutang kereta.
Kita bangun pagi, hari gaji semua gaji yang diterima hanya digunakan untuk membayar kos sara hidup mungkin 1/3 sahaja.

Bakinya kita boleh simpan.
Kita boleh berbelanja dengan bebas.

Cuba bayangkan 1/3 kos sara hidup kita tadi telah kita bayar dengan pendapatan daripada Pasif Income kita.

Ini bermakna kita telah bebas. Sekarang masanya untuk kita menentukan hidup kita sendiri.

Sewaktu saya menulis ini saya masih lagi berada dalam pekerjaan,
Walau pun pernah berhenti kerja dahulu. (nanti saya ceritakan, post yang lain)

Saya masih dalam usaha menyimpan, mengurangkan komitmen kewangan agar suatu hari nanti saya bebas dari "belenggu" kewangan ini.

Jika saya bekerja pun pada masa itu adalah kerana 'passion' saya, dan keinginan saya untuk bekerja bukan terpaksa.

Ini kerana, apabila kita buat sesuatu kerana minat, kita akan gembira bekerja, bila kita gembira, emosi kita stabil, insya-Allah umur kita panjang. 

Kita bergaul dengan rakan sekerja pun bukan kerana ada kepentingan, kita ikhlas dalam pergaulan dan persahabatan.




Saya mahu memetik kata Morgan Housel dalam Bukunya The Psychology of Money ketika bercerita mengenai Rahsia Warren Buffet mencapai Pelaburan yang  tinggi katanya 

Kita melihat apa yang Buffet tak buat:- 1. Beliau tidak berhutang terlalu tinggi. 
2. Beliau tidak panik dan menjual saham semasa 14 kemelesetan ekonomi sepanjang hidupnya. 
3. Beliau tidak merosakkan reputasi perniagaannya. 
4. Beliau tidak kekal dengan satu strategi, satu pandangan, atau satu trend. 
5. Beliau bertahan. (Beliau melabur secara konsisten dari umur 10 ke 89 tahun.

 Oleh kerana itulah beliau terkenal sebagai orang yang paling kaya dalam dunia. Pada saat artikel ini ditulis beliau berada pada tangga ke 7.


Walaupun telah menjadi Billionaire dan bebas kewangan, beliau tetap hadir ke pejabat dan bekerja.
Kenapa? kerana pada masa ini, bekerja bukanlah kerana terpaksa tetapi kerana minat dan keinginan.

Kesimpulannya, kita bebaskan diri kita dahulu dengan menyusun kewangan kita...

Mudahan selepas itu kita akan tetap bekerja bukan kerana terpaksa tetapi kerana minat kita...


Allahu A'klam...


Fikhruldin
Kuala Terengganu
15 Januari 2024
3 Rejab 1445H


Artikel Berkaitan