Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

Rabu, 11 Disember 2024

Doa Majlis Persaraan Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagi Tahun 2024

Doa Majlis Persaraan Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagi Tahun 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ الدُّنْيَا دَارَ كَسْبٍ وَعَمَلٍ وَجَعَلَ الآخِرَةَ دَارَ ثَوَابٍ وَعِقَابٍ وَأَمَلٍ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الدَّاعِي إِلَى اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah, Ya Karim

Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh keberkatan ini, bersempena Majlis Persaraan Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagi Tahun 2024
Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami, kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

"Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat."

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
"Ya Allah, alihkanlah hujan ini ke sekitar kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, ke atas bukit-bukit, gunung-gunung, lembah-lembah, dan tempat-tempat yang menumbuhkan pepohonan."

Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam perkhidmatan, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.

Ya Fattahu Ya Alim

Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Fikhruldin 2024 Kuala Terengganu

Ahad, 28 April 2024

Doa Majlis Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Terengganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الذى جعل الدنيا دار كسب وعمل وجعل الآخرة دار ثواب و عقاب وأمل,
 اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الداعي إلى الله وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Karim

Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat (Exco), Dr Haji Muhammad Khalil bin Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.
Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami, kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

اللهم اسقنا غيثا مغيثا مريئا مريعا نافعا غير ضار عاجلا غير آجل ، اللهم أغثنا ، اللهم أغثنا ، اللهم أغثنا

اللهم اسق عبادك وبهائمك ، وانشر رحمتك ، وأحي بلدك الميت

Ya Allah,  berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda”.
Ya Allah! Berilah kami hujan, Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah. Hujanilah Kami.
Ya Allah Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, haiwan ternak, berilah rahmat-Mu  dengan merata, dan suburkan bumi-Mu yang tandus.