Doa Majlis Persaraan
Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagi
Tahun 2024
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ الدُّنْيَا دَارَ كَسْبٍ وَعَمَلٍ
وَجَعَلَ الآخِرَةَ دَارَ ثَوَابٍ وَعِقَابٍ وَأَمَلٍ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الدَّاعِي إِلَى اللهِ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ
Ya Allah, Ya Karim
Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh keberkatan
ini, bersempena Majlis Persaraan
Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagi
Tahun 2024
Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau
curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya
Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami,
kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.
Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim
"Ya Allah,
jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat."
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ
وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
"Ya Allah, alihkanlah hujan ini ke sekitar kami dan bukan ke atas kami. Ya
Allah, ke atas bukit-bukit, gunung-gunung, lembah-lembah, dan tempat-tempat
yang menumbuhkan pepohonan."
Ya Allah, kami
memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu agar para pemimpin di segenap
lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam perkhidmatan, serta seluruh rakyat
Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas
dan penuh semangat untuk memaju dan memakmurkan Negeri, Negara dan
mempertahankan kesucian agama Islam.
Ya Fattahu Ya Alim
Jadikanlah kami dari
kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang tuntas, minda yang cergas, rezeki
yang berkat, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Ya Zal Jalali Wal
Ikram
اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ
ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan