Rabu, 20 September 2017

Selasa, 19 September 2017

Zakat Emas dikira Berdasarkan Gram Bukan Nilai Ringgit

Emas dikira zakatnya bila telah mencapai nisab dan haul

Apakah itu NISAB dan HAUL?


 kredit gambar kepada picturesofmoney.org


NISAB ialah kadar (jumlah terkumpul) yang cukup untuk dikenakan zakat. 
Nisab bagi emas ialah 85gram. 

Saya ulang 85gram bukannya RM15,000 atau RM18,000 atau nilaian yang berkadaran dengan ringgit.

Haul pula adalah tempoh cukup setahun tahun qamariyah.
Contohnya, Ahmad membeli emas pada 1 Muharram 1438H apabila tiba 1 Muharram 1439H dikira cukup SATU HAUL

Maka zakat yang perlu Ahmad keluarkan ialah sebanyak 2.5% daripada 85 gram emas tersebut

Jika harga emas pada hari ini RM191 / gram 
maka harga zakat yang perlu dikeluarkan adalah sebagaimana berikut :

85 gram X RM191 = RM16,235 (nisab yang dikenakan zakat)

RM16,235 (kadar nisab) X 2.5% (zakat) = RM405.88 (Zakat yang perlu dibayar)


https://publicgold.com.my/index.php?route=dealer/page&pgcode=PG048472&lang=ms


Nisab akan berkadaran terus dengan harga emas semasa.
Jadi nilai emas sudah pastikan akan berbeza diantara satu tahun dengan tahun lain.


Tetapi tidak berbeza berat nya dengan tahun sebelumnya.
Menunjukkan bahawa nilai emas ini mempunyai kuasa nilai yang sangat kuat.

Barangsiapa yang menyimpan emas maka dia telah menyimpan nilai dan memilikinya, dan dia mampu gunakan nilai tersebut apabila dia perlukannya.

Fikhruldin
19 September 2017
PG048472
Kuala Berang, Terengganu.

Khamis, 7 September 2017

Sengaja Berhutang pun Dapat Pahala, Percaya Tak?



Artikel di bawah ini bukan untuk menggalakkan berhutang.

Akan tetapi dengan tujuan supaya jika kita terpaksa berhutang jangan bersusah hati.

Asalkan kita berusaha untuk menjelaskan hutang tersebut dan tidak lari daripada membayarnya pasti perbuatan itu dipuji dan mendapat pahala disisi Allah S.w.t.





Ya benar, dalam sesetengah keperluan hidup ada beberapa perkara yang kita boleh beli secara tunai.

Sebaliknya ada juga yang kita perlukannya tetapi tidak dapat kita miliki melainkan dengan berhutang dan menjelaskannya secara beransur-ansur


Jika sebuah motosikal yang mahu dibeli, kita masih boleh menabung berdikit-dikit.


Namun jika sebuah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit pastinya pembiayaan daripada banklah yang akan kita ambil untuk memastikan kita layak memiliki rumah tersebut.


Kita perlu ingat bahawa rumah yang kita beli masih lagi bukan milik kita sepenuhnya, ianya adalah milik bank, walaupun nama yang tercatit di atas geran tersebut nama kita.



Seandainya kita gagal menjelaskan bayaran sehingga berlaku tunggakan  pembayaran maka  sudah tentu rumah tersebut akan dilelong.

Soal dapat pahala apabila berhutang pula saya mahu bawakan satu kisah



iaitu kisah Seorang Isteri Rasulullah sallahualaiwassalm 

Beliau ialah  Aisyah Ummul Mukminin pada suatu telah berhutang sedangkan beliau tergolong daripada orang yang tidak memerlukan hutang sedikit pun.


Lalu ditanya oleh orang lain "kenapa kamu berhutang sedangkan kamu mampu?"

lalu jawab Ummul Mukminin "Aku mendengar Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang berhutang sedangkan dia berniat untuk membayar hutang tersebut maka Allah akan membantunya sehingga dia menjelaskan hutangnya".


Sabda Rasulullah saw :

من استدان وهو ينوي السداد كان الله في عونه حتى يسدد دينه
Sesiapa yang berhutang sedangkan dia berniat (berusaha) untuk melangsaikan hutang tersebut, maka Allah akan menolongnya sehingga dia menjelaskan hutangnya itu.
Jadi, janganlah bersedih dan terasa sempit dada.


Apabila terpaksa berhutang dalam perkara yang diharuskan kerana pasti akan ada pertolongan jika kita berusaha bersungguh-sungguh.



Fikhruldin
PG048472
21700 Kuala Berang, Terengganu
7 September 2017
16 Zulhijjah 1438