Rabu, 22 Disember 2021

Doa Majlis Rasmi Bersama Pegawai-pegawai Syariah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Karim

Sesungguhnya kami berhimpun pada malam ini, bagi menyatakan kesyukuran diatas kurniaan- Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami berhimpun dalam Majlis “DINNER TALK – CABARAN PEGAWAI-PEGAWAI SYARIAH DALAM MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI 4.0” pada malam ini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami untuk membangunkan dan memartabatkan kehakiman dan perundangan Syariah.

Justeru, Kami memohon kepada Mu agar kami pada malam ini dikurniakan limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang tuntas.

Satukanlah hati-hati kami, eratkan silaturrahim dikalangan kami, padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan institusi Mahkamah Syariah dan keadilan Islam.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ada dikalangan saudari kami yang timpa bencana banjir dan wabak penyakit, bantuilah mereka Ya Allah, permudahkan urusan mereka Ya Allah. Ya Aziz, Ya Ghaniy Ya Zal Jalali wal ikram.
Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan Persekutuan dan Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.

Ya Fattahu Ya Alim

Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Jauhkanlah kami daripada bala bencana, fitnah dajjal dan wabak penyakit terutamanya wabak covid 19, bantulah kami ya Allah, angkatlah, hapuskanlah dan lenyapkanlah wabak ini ya Allah. Lindungilah kami, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami, negara kami dan seluruh dunia daripada wabak ini. Ya Allah, sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti, berikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang sedang berjuang dalam memerangi wabak ini.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Fikhruldin
22 Disember 2021
21700 Kuala Berang