Isnin, 15 Januari 2024

Impian Hidupku (Kebebasan Kewangan)


"Saya ingin bebas kewangan". Saya ingin buat apa yang saya suka, bila-bila masa yang saya suka, dengan orang yang saya suka, dimana-mana yang saya suka.

Begitulah impian setiap insan yang bekerja,
Sewaktu kita kecil dahulu kita bangun pagi, buka tudung saji lihat makanan telah terhidang.
Jika kita suka kita makan jika tak suka kita tutup balik saji. Pakai kasut lalu ke sekolah.

Berbeza, Sekarang kita telah dewasa kita perlu fikir keperluan apa esok. Makanan nak sediakan untuk anak-anak esok apa menunya. 

Hutang Personal Loan perlu dibayar setiap bulan.
Pembiayaan Beli Rumah
Hutang kereta.

Semua itu adalah "kekangan" yang membelenggu kita selagi tak habis dibayar.

Cuba bayangkan suatu ketika nanti, kita tidak mempunyai lagi hutang kereta.
Kita bangun pagi, hari gaji semua gaji yang diterima hanya digunakan untuk membayar kos sara hidup mungkin 1/3 sahaja.

Bakinya kita boleh simpan.
Kita boleh berbelanja dengan bebas.

Cuba bayangkan 1/3 kos sara hidup kita tadi telah kita bayar dengan pendapatan daripada Pasif Income kita.

Ini bermakna kita telah bebas. Sekarang masanya untuk kita menentukan hidup kita sendiri.

Sewaktu saya menulis ini saya masih lagi berada dalam pekerjaan,
Walau pun pernah berhenti kerja dahulu. (nanti saya ceritakan, post yang lain)

Saya masih dalam usaha menyimpan, mengurangkan komitmen kewangan agar suatu hari nanti saya bebas dari "belenggu" kewangan ini.

Jika saya bekerja pun pada masa itu adalah kerana 'passion' saya, dan keinginan saya untuk bekerja bukan terpaksa.

Ini kerana, apabila kita buat sesuatu kerana minat, kita akan gembira bekerja, bila kita gembira, emosi kita stabil, insya-Allah umur kita panjang. 

Kita bergaul dengan rakan sekerja pun bukan kerana ada kepentingan, kita ikhlas dalam pergaulan dan persahabatan.




Saya mahu memetik kata Morgan Housel dalam Bukunya The Psychology of Money ketika bercerita mengenai Rahsia Warren Buffet mencapai Pelaburan yang  tinggi katanya 

Kita melihat apa yang Buffet tak buat:- 1. Beliau tidak berhutang terlalu tinggi. 
2. Beliau tidak panik dan menjual saham semasa 14 kemelesetan ekonomi sepanjang hidupnya. 
3. Beliau tidak merosakkan reputasi perniagaannya. 
4. Beliau tidak kekal dengan satu strategi, satu pandangan, atau satu trend. 
5. Beliau bertahan. (Beliau melabur secara konsisten dari umur 10 ke 89 tahun.

 Oleh kerana itulah beliau terkenal sebagai orang yang paling kaya dalam dunia. Pada saat artikel ini ditulis beliau berada pada tangga ke 7.


Walaupun telah menjadi Billionaire dan bebas kewangan, beliau tetap hadir ke pejabat dan bekerja.
Kenapa? kerana pada masa ini, bekerja bukanlah kerana terpaksa tetapi kerana minat dan keinginan.

Kesimpulannya, kita bebaskan diri kita dahulu dengan menyusun kewangan kita...

Mudahan selepas itu kita akan tetap bekerja bukan kerana terpaksa tetapi kerana minat kita...


Allahu A'klam...


Fikhruldin
Kuala Terengganu
15 Januari 2024
3 Rejab 1445H


Artikel Berkaitan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan