Rabu, 24 Januari 2024

Jika anda menjumpai orang yang lebih pintar dan smart daripada anda, bekerjalah bersama mereka bukan bertanding dengan mereka

Setiap orang ingin mencapai satu titik kejayaan dalam hidup.
Dalam setiap perjalanan kita, pasti kita akan temui mereka yang lebih pandai daripada kita.


Kehidupan bukanlah seperti kita dalam peperiksaan, sentiasa ingin No 1 dalam kelas, ke depan dalam kelas.

Tetapi yang kita ingin dalam kehidupan ialah, berjaya membawa pulang rezeki untuk keluarga kita. Mencapai Financial Freedom apabila tiba masanya.

Oleh kerana itu dalam kehidupan alam pekerjaan, alam pergaulan dengan masyarakat. Kita seharusnya senantiasa berlapang dada jika ada orang yang lebih kedepan daripada kita.

Kita bantu dia naik bersama-sama dengan kita. Nanti kita juga akan berjaya. Kita dapat manfaat daripada kepintaran dia. Dan lebih lagi ialah kita mempunyai sahabat yang tiada rasa iri dan susah hati melihat kejayaan kita, kerana kita juga tidak menewaskan mereka dalam kejayaan mereka.


"If you find someone smarter than you, work with them. don't compete"


Fikhruldin
24 Januari 2024 
Kuala Berang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan