Ahad, 18 Disember 2016

Surat Berhenti Kerja Kerajaan atau Penjawat Awam

Untuk masuk kerja kita perlu ada adabnya, begitu juga ketika hendak berhenti kerja, perlu juga jaga adab dan batasnya.

Secara umumnya surat berhenti kerja adalah makluman kita sebagai seorang pekerja kepada Majikan kita akan hasrat untuk berhenti kerja, sebab-sebabnya dan tanggungan pinjaman yang kita ada sekiranya kita pernah membuat pembiayaan dengan perbendaharaan malaysia untuk membeli rumah atau sebagainya.

Sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan bilangan 1 tahun 2015. surat peletakan jawatan hendaklah sebagaimana lampiran C. Sila rujuk disini


Contoh surat Peletakan Jawatan

Abu Yusuf bin Mohd
No. 12, Lorong Kejora 11,
Taman Kejora,
21700 Kuala Berang,
***************


Pengarah,
Jabatan ************,
5, Bangunan Perkeso,
25400 Jalan Sultan Mohamad,
K************************                                                                              19 DISEMBER 2016

TUAN,
PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI ..........................................GRED N29

Dengan segala hormatnya saya Abu Yusuf bin Mohd berjawatan sebagai ........................ bertugas di jabatan................ Negeri ******** dan bergaji akhir RM#,###.## meletak jawatan dengan memberi tempoh notis 30 hari mulai 1 Januari 2017 hingga 30 Januari 2017.

2.            Peletakan jawatan saya adalah kerana telah mendapat tawaran untuk berkhidmat di.............................. sebagai  Ahli Lembaga Pengarah dan akan berkhidmat disana bermula Februari 2017.

3.            Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak tuan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang  saya bertugas di Jabatan ini.

4.            Dengan peletakan jawatan ini, saya bertanggungjawab menguruskan segala tanggungan hutang dan ikatan perjanjian saya dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Sekian, terima kasih.

………………………………………
( ABU YUSUF BIN MOHD )
861212-11-5057
19 DISEMBER 2016

s.k :

Pejabat Setiausaha Kerajaan *********
(Pengurusan Sumber Manusia)
Tingkat 8, Wisma ********,
20503 Kuala *********,
****************.

Akhir kata saya berharap kepada Pembaca sekalian ingatlah rezeki ada dimana-mana jangan berputus asa mencari rezeki dan rahmat Allah. فإذا عزمت فتوكل على الله. 


Allahu A'klam

Fikhruldin
Kuala Terengganu
Disember 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan