Doa Majlis
Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Terengganu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الذى جعل الدنيا
دار كسب وعمل وجعل الآخرة دار ثواب و عقاب وأمل,
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الداعي إلى الله وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya Karim
Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh keberkatan
ini, bersempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan
Nafkah, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang akan
dirasmikan oleh Yang Berhormat (Exco), Dr Haji Muhammad Khalil bin Abdul Hadi,
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.
Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau
curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya
Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami,
kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.
Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim
اللَّهُمَّ
اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا
غَيْرَ آجِلٍ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ
اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ
الْمَيِّت
Ya Allah, berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh
dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan
secepatnya, tidak ditunda-tunda”.
Ya Allah! Berilah kami hujan, Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah.
Hujanilah Kami.
Ya Allah Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, haiwan ternak, berilah
rahmat-Mu dengan merata, dan suburkan bumi-Mu yang tandus.
Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu
agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam
perkhidmatan, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu
melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan
memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.
Ya Fattahu Ya Alim
Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan
bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang
tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal
Ikram
اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ
الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ
مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن
لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ