Isnin, 6 Januari 2025

Doa Perhimpunan Awal Tahun 2025 JKSTR


Doa Perhimpunan Awal Tahun 2025 JKSTR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الذِي جَعَلَ الدُّنْيَا دَارَ كَسْبٍ وَعَمَلٍ وَجَعَلَ الآخِرَةَ دَارَ ثَوَابٍ وَعِقَابٍ وَأَمَلٍ، اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الدَّاعِي إِلَى اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, Ya Karim

Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2024, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang telah disampaikan perutusannya oleh Yang Amat Arif Dato’ Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami, kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
اَللّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهَا ، وَخَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا ، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ فِيهِ

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik amalan kami menjadi amalan penutup hidup kami, jadikanlah sebaik-baik umur kami adalah di akhir hayat kami, jadikanlah sebaik-baik hari kami adalah hari bertemu dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dan kakitangan, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.

Ya Fattahu Ya Alim

Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Fikhruldin 2024 Kuala Terengganu