Selasa, 27 Disember 2022

Doa Majlis Sumbangan Banjir JKSM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Karim

Sesungguhnya kami berhimpun pada petang ini, bagi menyatakan kesyukuran diatas kurniaan- Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami berhimpun dalam Majlis “Penyampaian Sumbangan Bagi Ahli Persatuan Pegawai Syariah Malaysia serta warga kerja di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang terkesan banjir”  yang akan disampaikan oleh Yang Arif Dato’ Haji Mohd Amran Bin Mat Zin (Hakim Mahkamah Rayuan JKSM merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM.

Justeru, Kami memohon kepada Mu Majlis Penyampaian Sumbangan pada petang ini dikurniakan limpahan rahmat dan kasih sayang. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, gantikan kerugian dan musibah yang menimpa mangsa-mangsa banjir dengan perkara dan gantian yang lebih baik.

 اللهم أجرنا في مُصيبتنا، وأخلف لنا خيرًا منها

Ya Allah, Ya Karim, Ya Mujibussaailin, berikanlah keberkatan dan keampunan kepada penyumbang-penyumbang dan semua yang terlibat dalam misi Bantuan Banjir ini Ya Allah. Berkatilah Mereka dan permudahkanlah segala urusan Mereka.

Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam semua tingkatan Persekutuan dan Negeri, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.

Ya Fattahu Ya Alim

Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ





Fikhruldin
27 Disember 2022
Kuala Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan