Selasa, 1 November 2016

15 Tempat Mustajab Doa di Mekah

Kitab Al-Idaah Fi Manasik Al-Hajji Wa Al-Umrah



Sebagaimana berkata Hasan Basri Rahimahullah di dalam suratnya kepada Ahli Mekah.

1. Ketika tawaf

2. Di Multazam

3. Di Bawah Mizab

4. Di dalam Kaabah

5. Di sisi zam-zam

6. Di atas Bukit Safa dan (7) Marwah

8. Ketika Saie

9. Belakang Maqam Ibrahim

10. Di Arafah

11. Di Muzdalifah

12. Di Mina

13. - 15 . Di tiga Jamarat (Tempat Melontar Jamrah)

Nas Kitab 

Hukum Solat Diatas Kapal Terbang 2

Sepatutnya bagi seorang muslim yang berada diatas kapal terbang sewaktu musafir sangat menitikberatkan soal solat, sekiranya kita bersedia sebalum waktu solat kesesakan di bilik air kapal terbang dapat kita hindari,


Contohnya : jika kita musafir yang mana perjalanan itu mengambil masa waktu solat zohor dan asar kita  mempunyai waktu yang luas samaada mahu solat Jamak Takdim atau Jamak Taakhir,

sekiranya kita lihat orang terlalu ramai sewaktu Zohor kita boleh berniat Jamak Taakhir dan tunaikan solat Jamak pada awal permulaan waktu asar.

Hukum Solat di atas Kapal Terbang

Ketika melakukan solat Fardhu.

Sekiranya seseorang itu mampu berdiri dan mengadap kiblat wajib dia melakukannya,
jika sekiranya dia solat diatas kapal terbang dalam keadaan duduk sedangkan dia mampu maka tidak sah solatnya itu.

Jika dia solat tanpa terlebih dahulu bertanyakan arah kiblat dan diketahui slepas itu dia tidak mengadap kiblat meka solat tersebut hendaklah digantikan semula.

Solat dalam Flight

Ketika melakukan solat sunat

Harus baginya melakukan solat dalam keadaan duduk dan tidak mengadap kiblat jika solat itu solat sunat.

Wallahuaklam.