Doa Majlis Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga
Terengganu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الذى جعل الدنيا
دار كسب وعمل وجعل الآخرة دار ثواب و عقاب وأمل,
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الداعي إلى الله وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya Karim
Ya Allah ya Tuhan kami, dengan sifat-sifat keagungan serta kebesaran-Mu, pada hari yang penuh keberkatan
ini, bersempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah
dan Dana Wakalah, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah
Terengganu yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Arif, Dato’ Haji Rosdi
bin Harun, Ketua Hakim Syarie Terengganu.
Kami sekalian hamba-Mu ya Allah. Merafak dengan penuh rendah diri agar engkau
curahkan nikmat yang berterusan kepada kami dalam mencapai keredhaan-Mu ya
Allah. Jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya, ampunilah dosa kesalahan kami,
kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami.
Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim.
اللّٰهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي
فِلَسْطِين، اللّٰهُمَّ كُنْ لَهُمْ نَاصِرًا وَمُعِينًا، اللّٰهُمَّ ارْبِطْ
عَلَى قُلُوبِهِمْ وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَدِّدْ رَمْيَهُمْ، وَاحْقِنْ
دِمَاءَهُمْ، وَاشْفِ جَرْحَاهُمْ، وَتَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ، وَفُكَّ أَسْرَى الْمُسْلِمِينَ،
يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
Ya Allah, kami memohon limpah kurnia taufiq dan hidayah mu
agar para pemimpin di segenap lapisan dan peringkat, pegawai-pegawai dalam
perkhidmatan, serta seluruh rakyat Malaysia, seia sekata berganding bahu
melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh semangat untuk memaju dan
memakmurkan Negeri, Negara dan mempertahankan kesucian agama Islam.
Ya Fattahu Ya Alim
Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan
bersyukur. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, fikiran yang
tuntas, minda yang cergas, rezeki yang berkat, generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ya Zal Jalali Wal
Ikram
اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُ بِكَ مِنَ
الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ ومن وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ......,
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ
مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن
لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ