Ada lima hukum emas memberi ganjaran besar kepada orang yang memerhatikan hukum itu. Setiap satu daripada hukum itu mempunyai maksud yang mendalam.
Hukum Emas Pertama
Emas datang dengan mudah dan bertambah kepada orang yang menyimpan tidak kurang satu per sepuluh daripada pendapatan mereka bagi membina harta kekayaan untuk diri dan keluarga.
Sesiapa yang berterusan menyimpan satu persepuluh daripada pendapatan mereka dan melaburkan emas dengan bijak, mereka pasti membina harta kekayaan yang menyediakan pendapatan bagi mereka pada masa hadapan.
Seterusnya menjamin keselamatan keluarga (dari sudut kewangan) sekiranya mereka meninggal dunia.
Hukum Emas Kedua
Emas dapat bekerja dengan gigih buat pemiliknya yang bijak. Pemilik emas itu mendapat pekerjaan yang menguntungkan dan menggandakan emas seluas padang. Emas adalah pekerja yang baik.
Emas bekerja lebih kuat apabila mempunyai peluang. sekiranya seseorang mempunyai simpanan emas, peluang akan datang menguntungkan pemilik emas itu.
Sepanjang masa berlalu, emas menggandakan jumlahnya dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Hukum Emas Ketiga
Emas kekal pada pemilik yang berhati-hati melabur atas nasihat orang yang bijak menguruskan emas. Emas berpegang pada pemilik yang berhati-hati. Manakala, emas lesap daripada pemilik yang cuai.
Orang yang mendapatkan nasihat daripada orang yang berilmu dalam mentadbir emas tidak akan merosakkan hartanya. Malah, mereka menjaga harta yang dimiliki dengan selamat dan menikmati hasil harta itu secara berterusan.
Hukum Emas Keempat
Emas akan terlepas daripada mereka yang melabur dalam perniagaan, ataupun dalam idang yang mereka tidak mahir, ataupun yang tidak dipersetujui oleh orang yang mahir menyimpan emas.
Orang yang memiliki emas, tetapi tidak berkemahiran mentadbir emas, mereka melihat banyak kegunaan menguntungkan.
Tatapi apabila diteliti oleh mereka yang berilmu, perkara itu tidak berapa menguntungkan. Pemilik emas kurang berpengalaman itu meyakini perkiraan sendiri, lalu melaburkan emas yang dimiliki dalam perniagaan ataupun tujuan yang mereka tidak biasa.
Mereka sering mendapati keputusan itu tidak tepat. Mereka membayar kejahilan itu dengan harta yang mereka ada. Sesiapa yang melaburkan harta atas nasihat orang yang mahir dengan emas adalah orang yang bijak.
Hukum Emas Kelima
Emas akan lesap daripada orang yang memaksa diri memperoleh pendapatan di luar kemampuan mereka.
Emas juga akan lesap daripada orang yang mengikut nasihat penipu yang licik, tidak berpengalaman dalam pelaburan, dan membiarkan emas dikawal oleh keinginan nafsu.
"Tawaran gila-gila yang mengujakan sering datang kepada mereka yang baru memiliki emas. Tawaran itu seolah-olah mempunyai kuasa ajaib yang mampu mengurniakan harta yang dilaburkan itu dengan keuntungan yang tidak masuk akal. Tetapi, kamu perlu tahu yang mereka tahu risiko yang menanti di sebalik setiap rancangan bagi mendapatkan kekayaan dalam sekelip mata.
Dipetik dari The Richest Man In Babylon
Klik di sini jika anda berminat membeli emas, daftar percuma!!!
Fikhruldin Mohd
Introducer Public Gold : PG048472
21700 Kuala Berang

Syiling Emas |